SiG FSTM

We are SiG FSTM a small community from KUIS. This website will be the place where we share all of our activities!

About Other Community SiG Members

VS Code, Revolusi Pengeditan Kod

Written by AreRex14 on 6 July 2018

Gambar VS Code Kredit gambar: freesoftwarefiles.com

Visual Studio Code diumumkan pada 29 April 2015 oleh Microsoft pada persidangan Build 2015. Binaan pratonton(Preview Build) telah dikeluarkan tidak lama kemudian.

Pada 18 November 2015, Visual Studio Code telah dikeluarkan di bawah Lesen MIT dan kod sumbernya dihantar ke GitHub. Sokongan tambahan juga diumumkan.

Pada 14 April 2016, Visual Studio Code menamatkan peringkat pratonton awam dan dikeluarkan ke web secara rasminya.

Dalam Penyelidikan Pemaju(Developer Survey) Stack Overflow 2018, Visual Studio Code menduduki alat persekitaran pemaju(developer environment tool) yang paling popular, dengan 34.9% daripada 75,398 responden mendakwa menggunakannya.

Boleh dijalankan di mana-mana

Visual Studio Code atau ringkasnya VS Code adalah editor kod yang dibangunkan syarikat gergasi teknologi, Microsoft, ditulis menggunakan TypeScript, JavaScript, CSS untuk ketiga-tiga pengguna Windows, Linux dan macOS. Mungkin saya patut katakan semula, ianya boleh digunakan di ketiga-tiga platform.

Sumber terbuka dan percuma

Apa yang seronoknya dengan editor kod ini? Ia mempunyai pelbagai ciri yang tidak ada atau lebih baik berbanding editor kod lain yang anda mungkin pernah guna. Antaranya kawalan Git terbina(embedded Git control), penunjuk sintaks(syntax highlighting), penyelesaian kod pintar(intelligent code completion), coretan kod(code snippets) dan banyak lagi. Ia juga boleh disesuaikan, jadi pengguna boleh menukar tema editor, pintasan papan kekunci, dan tetapan pilihan. Walaupun muat turun rasmi di bawah lesen proprietari, ia adalah percuma dan sumber terbuka.

Microsoft semakin bergerak ke arah sumber terbuka dengan begitu cepat sekali dengan pendekatan yang dibawa oleh CEO Microsoft, Satya Nadella. Dengan komuniti yang agak baik dan ditambah dengan sokongan syarikat gergasi ini, ia telah menjadi antara editor kod paling popular sekali dalam kalangan pembangun-pembangun aplikasi, tidak kisahlah mereka peminat Microsoft ataupun tidak.

Dengan 7,119 ‘fork’, 5,000 isu, 36,360 ‘commits’ dan 99 keluaran(releases), VS Code mengeluarkan versi terbaru hampir setiap bulan untuk komuniti pembangunnya. Lawati VS Code Github untuk mengetahui lebih lanjut.

Ciri-ciri hebat VS Code

1. IntelliSense

Haa…Apa bendanya tu? IntelliSense adalah istilah umum untuk pelbagai ciri penyuntingan kod yang melangkaui penumpuan sintak(smart completions) dan auto lengkap(autocomplete) dengan menyediakan penyelesaian pintar berdasarkan jenis ‘variable’, definisi fungsi, dan modul yang diimport. Ciri-ciri IntelliSense kadang-kadang dipanggil dengan nama-nama lain seperti “penyelesaian kod”, “bantuan kandungan”,dan “cadangan kod.”

Untuk pembangun sistem atau aplikasi berasaskan teknologi web, anda pasti akan suka ini. IntelliSense VS Code disediakan untuk JavaScript, TypeScript, JSON, HTML, CSS, Less, dan Sass terus daripadanya. VS Code menyokong pelengkap berasaskan perkataan untuk sebarang bahasa pengaturcaraan tetapi juga boleh dikonfigurasikan untuk mempunyai IntelliSense lebih kaya dengan memasang sambungan bahasa(language extensions). Nak tahu lebih lanjut bagaimana IntelliSense boleh membantu anda menjadi pengaturcara yang lebih baik, layari pautan ini IntelliSense Docs.

2. ‘Debugging’

Ini juga adalah antara ciri revolusi tersebut, anda tidak perlu lagi menunggu pernyataan keluar(print statement) untuk ‘debug’.’Debug’ kod terus dari editor. Lancar atau lampirkan pada aplikasi anda yang sedang berjalan dan debug dengan titik henti(break point, timbunan panggil(call stacks), dan konsol interaktif.

Ketahui lebih lanjut bagaimana ‘Debugger’ VS Code membantu mempercepatkan penyuntingan, menyusun dan membuat debug anda melalui pautan ini Debugger Beraksi.

3. Kawalan Git Terbina(Built-in Git)

Bekerja dengan Git dan penyedia SCM lain tidak pernah menjadi lebih mudah dengan VS Code. Semak ‘diffs’, fail ‘stage’, dan buatlah ‘commits’ terus daripada editor anda. Tolak dan tarik dari mana-mana perkhidmatan SCM(Source Control) yang dihoskan. Banyak lagi penyedia kawalan sumber lain(SCM providers) boleh didapati melalui sambungan(extensions) di ‘Marketplace’ VS Code.

Apa yang menariknya lagi, VS Code mempunyai sokongan untuk mengendalikan pelbagai penyedia kawalan sumber secara serentak dan sekiranya anda ingin memasang penyedia SCM tambahan, anda boleh memasangnya terus daripada editor kod tersebut.

Ketahui lebih lanjut bagaimana integrasi VS Code dan penyedia kawalan sumber berfungsi bersama di sini Penyedia Kawalan Sumber dan VS Code.

4. Sambungan(Extensions)

Ini juga antara yang paling seronok, anda boleh pasang sambungan(extensions) untuk menambah bahasa baru, tema, ‘debugger’, dan untuk menyambung ke perkhidmatan tambahan. Sambungan dijalankan dalam proses berasingan, memastikan ianya tidak akan memperlahankan editor anda. Semuanya boleh dibuat di dalam editor itu sendiri, tidak perlu mencari di pelayar web lagi.

Model sambungan(extensions) VS Code yang kaya membolehkan pengarang sambungan(extension authors) memasangkan terus ke antaramuka VS Code dan menyumbang fungsi melalui API (Application Programming Interface) yang sama yang digunakan oleh VS Code. Ketahui lebih lanjut di sini Galeri Sambungan VS Code menerangkan bagaimana untuk mencari, memasang dan menguruskan sambungan VS Code atau terus ke Sambungan terbaik VS Code untuk melihat antara sambungan-sambungan(extensions) terbaik yang ditawarkan.

Banyak lagi ciri-ciri yang ditawarkan sebenarnya dan satu artikel blog tentangnya sememangnya tidak mampu nak menggarap kesemuanya dengan teliti. Di bawah saya sertakan beberapa pautan untuk anda terokai sendiri apa yang hebat tentang editor kod ini:

Penyuntingan segera dan berkuasa

Nak tahu lebih tentang kemaskini terbaru yang ditawarkan VS Code, tengok pautan di bawah. Anda akan melihat beberapa ciri baru yang tersedia untuk ‘Preview’ dalam peristiwa penting ini:

Jom muat turun dan cuba sekarang:

Bagaimana nak bermula?

Dengan sokongan syarikat gergasi Microsoft dan komuniti yang agak baik, Microsoft telah menyediakan dokumentasi yang agak baik terus daripada editor tersebut atau melalui laman web VS Code Docs untuk memudahkan pengguna baru. Apa kata anda mulakan pengembaraan bersama VS Code dengan video pengenalan kepada VS Code yang telah disediakan ini Pengenalan kepada VS Code untuk mendapatkan gambaran lebih jelas bagaimana VS Code mampu menjadikan anda pengaturcara(programmer) atau pembangun(developer) yang lebih produktif.

Jadi bagaimana??? Adakah anda teruja sekarang nak memulakan pengembaraan pengaturcaraan(programming) anda menggunakan editor kod terhebat dekad ini dan terus membangunkan aplikasi terhebat dekad ini. Saya bermula mengedit kod menggunakan notepad, kemudian Notepad++, MS Visual Studio, Eclipse, Sublime dan sekarang saya yakin saya akan terus menggunakan VS Code kerana ia pasti akan kekal hebat untuk tahun-tahun mendatang…

Jom tengok video Siri Pengenalan kepada VS Code


Author: Arif Zuhairi