SiG FSTM

We are SiG FSTM a small community from KUIS. This website will be the place where we share all of our activities!

About Other Community SiG Members

Pek Pendidikan Percuma Jetbrains Untuk Pelajar Kolej

Written by AreRex14 on 17 July 2018

Pek Jetbrains untuk pelajar

Manfaatkan kelebihan anda sebagai pelajar

Sebagai pelajar anda sebenarnya bukan sahaja mempunyai masa dan tenaga untuk menimba ilmu malah peluang percuma untuk mendapatkan pelbagai sumber di dalam dan di luar kolej untuk menambah ilmu, kemahiran dan pengalaman anda terutamanya melalui pek pendidikan percuma yang ditawarkan Jetbrains ini. Apa itu Jetbrains dan pek pendidikan percuma ini?

JetBrains s.r.o. adalah syarikat pembangunan perisian popular dan pencipta Java IDE terkemuka - IntelliJ IDEA yang mana alat pembangun pintarnya disasarkan kepada pembangun perisian dan pengurus projek. Pek pendidikan percuma yang ditawarkan Jetbrains ini adalah sebuah pek alatan pembangunan yang digunakan professional dan syarikat-syarikat di luar sana tetapi ditawarkan khas percuma untuk kegunaan anda sebagai seorang pelajar, dengan syarat-syarat tertentu sebagai pengesahan anda adalah pelajar kolej/universiti semasa. Sama anda sudah lama berpengalaman atau anda baru sahaja ingin mula belajar pengaturcaraan kod dengan bahasa pengaturcaraan popular seperti Java, PHP, Ruby, dan sebagainya, apa kata anda mulakan dengan menggunakan alat-alat hebat tersebut.

Apa saja yang ditawarkan Jetbrains?

Produk-produk Jetbrains

Produk-produk di atas adalah antara alatan popular yang digunakan profesional di luar sana tetapi anda boleh menggunakannya secara percuma melalui perolehan lesen penggunaan sebagai pelajar. Pembangunanan .NET,Java, pangkalan data atau web, semuanya lengkap di sini. Anda dah tahu produk-produknya jadi bagaimana nak dapatkannya? Haa…Senang saja, anda mestilah seorang pelajar semasa dan anda mempunyai emel pelajar. Jika anda masih belum mengaktifkan emel pelajar, aktifkan emel pelajar anda sebelum ke langkah seterusnya.

1. Mohon Jetbrains Student

Isikan maklumat anda seperti mana gambar di bawah dan klik Apply.

Mohon JetBrains

2. Sahkan emel anda

Seterusnya, anda akan diarahkan ke halaman lain yang memberitahu untuk mengesahkan emel anda. Teruskan ke emel anda dan akan lihat ada satu emel seperti di bawah. Klik pautan tersebut untuk mengesahkan emel anda.

Sahkan emel

3. Tetapkan nama pengguna dan kata laluan

Anda akan diarahkan ke halaman yang menunjukkan bahawa emel anda telah disahkan dan seterusnya meminta anda menetapkan nama pengguna dan kata laluan untuk akaun Jetbrains.

4. Aktifkan lesen Jetbrains

Emel pengaktifan lesen Jetbrains

Kemudian, periksa sekali lagi emel anda dan akan menerima satu lagi pautan untuk mengaktifkan lesen Jetbrains anda. Setelah itu, baru anda akan dipaparkan satu halaman yang menunjukkan maklumat lesen dan produk-produk Jetbrains yang anda boleh muat turun pada bila-bila masa sahaja.

Lesen dan produk Jetbrains

Anda boleh log masuk ke akaun Jetbrains anda pada bila-bila masa untuk memuat-turun produk-produk tersebut atau sekadar ingin melihat semula maklumat lesen Jetbrains anda. Anda boleh memuat-turun produk-produk tersebut terus daripada halaman tersebut atau melalui Toolbox App, sebuah alat untuk menguruskan kemaskini, versi alatan dan projek-projek anda.

Hah, jadi apa tunggu lagi…Tak semua perkara harus datang dengan duit, benda sudah percuma tetapi kita juga harus memanfaatkannya semaksima yang mungkin untuk meningkatkan kemahiran kita, jangan disia-siakan.


Author: Arif Zuhairi